Pages

30 January 2010

LUCU..LAWAK???ADA SAPA2 RASA MACAM TU?

ada sapa2 rasa gambar nih dalam keadaan yang boleh buat orang tersenyum ataupon terimbau kenangan2 dulu...aku tergelak jugak tgk gambar nih..nih anak buah aku..tuh sekali dengan bantal busuk dia..dari kecik sampai la ni..dah 2 tahun..still the same..gilo apo..








magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

LUKISAN.........HAYAM TAK?


Aku jumpe lukisan nih dalam store umah aku neh..cube sape2 bulih nilaikan berapa Euro rege lukisan nih???kalo mengacam aku nk masuk ebay...muahahaha..cam bagus jer kan...cam hayam..

magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

IKEA MINIMALIST SETUP BILIK AKU

Pikir punya ikir punya pikir.....

akhirnya atas desakan dan jek kan isteriku yang dh bersiap2 dengan seluar jeans dia..aku pon dengan rela hatinya membeli sebuah meja dan kerusi daripada IKEA..cam hayam..nk pergi IKEA hari nih kete kene paking kat luar..pasai dah penoh..mentang2 resit ATM selalu jer kene replace baru semenjak 2 3 hari nih..korang2 serbu
IKEA yer...ceh..patutlah mesin ATM 5 6 tempat cam hayam semua OUT OF SERVICES...ingat main badminton ko apo...potong sedim..

last..nih lah gambar dia...aku beli meja sebijik...kerusi sebijik..kerusi dia boltless tuh..kalo dengar macam mahal dah tuh..tapi besa ah..baru lepas renew road tax...bayar saman..esok luse kete nok kene servis..hahahah

29 January 2010

RENOVATION BLOG

Sedang Berusaha Renovate Blog Ini
Supaya Penulisnya Senang....Anda Pon Senang.
Selamat Membaca.....
Selamat Memandu....
Selamat Semuanyaa.


magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

PERCUBAAN YAG GAGAL

Setelah bersengkang mata berusehe memperindahkan blog ini..aku kekerringan idea..terus lalu menghampiri waktu2 mengantuk dan kepoyoan..terasa semasa bekerja ditempat lama yang sentiasa balik lewat..pasal memang nk balik lewat...mak hayammm





magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

27 January 2010

SAMAN KENA BAYAR DULU LA BANG

"Saman kene settle dululah encik..kalo tak tak boleh renew road tax" kata Cik Azura dr Maybank Selangor kat telinge aku mase aku cakap talipon dengan dia..

Ceit..kene setel dulu baru bulih...na hai..mampos..aku punya saman kalo total semua mau bleh beli Shimano XT FD ngan RD dah tuh..celakak betol..mau tak mau aku rasa hari nih aku nak kene setel gop saman aku tuh..kalo tak tak berapa berani lah nak begerak kuda tungangan aku tuh..

tapi sebelum nih aku renew roadtax motor ok jer..takda sangkut pong..ooo..tapi motor aku tuh atas nama abang aku..dia dah lama pakai kereta..jadi memang saman dia clearlah..patutah kalo dia kene saman jer suruh aku yang bayorkan..tapi memang aku yang buat saman tuh..tapi bab saman aku plak camno..

saman 1st skali sama potong double line tahun 2005 dulu..saman tuh patut waran tangkap dah tuh..tapi..besa lah aku..cam hayam sket nok membayor nyer..skang doh kone baru kene,..

saman 2nd tuh motor aku tak sempat renew road tax..kene jugak..tahun 2006 dulu..lama jugek..mals jugek aku nk membayornyer..ceit..

yang ketige..speed trap sign punyooo..kat depan sekolah menengah jerangau..hayam betol.time2 raya mana ada budak gi sekolah melintas jalan situ.aku pecut jer laah..jhahahaha..

takpa..sapa ade format surat rasmi nk buat rayuan untuk kurangkan jumlah saman nih...

emaillah kat aku..

magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

KEPALA BABI DI MASJID

tengah syok2 makan tengahari nasi ayam tadi kat depan bus stand Port Klang sempena dengan menemani mak hayam sorang tuh mau buat seamen card..tetiba je dengar berita kat buletin tengahari pasal ada mak hayam mangkuk hayun pergi letakkan kepala babi kat masjid2 area jalan klang lama..2 tempat plak tuh yang kena...tapi tak pasti lagi aku cerita sebtulnya masjid2 yang terkena khianatan orang dengki itu....

potong betol lah cerita-cerita macam ni..ni yang buat aku makan pon tak senang tapi..tapi korang rasa abis ke aku makan nassi ayam banyak tuh..abis..betol...aku tak kire peristiwa ape pon..makanan kena habiskan tuh kan rezeki..hahaha

perkara-perkara begini lah yang akan kita lihat ada ketegangan kat setengah2 tempat..aku memang suka hidup dalam keamanan...tapi bila dah berlaku benda-benda macam ni..susahlah kalo macam nih..nak hidup senang-senang sket pon payah..ada orang nak cucuk-cucuk plak..

potong betolah diaorang2 neh..


magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

26 January 2010

SABUN AQURA - TAHAN MENGANTUK


Sabun Aqura..

Semalam aku lepas abis urusan kat bank tuh aku terjumpelah satu pemplate(betul ke aku eja)..berkenaan pasal satu jenis sabun yang boleh menghilangkan rasa mengantuk kalo kita basu muka mengunakan sabun itu..aku try contact dengan dia punya agent masa tu...tapi disebabkan dia pon ada masalah nak datang cari aku.so apendamkan dululah pasal brader cashier yang cafe kat presnit 3 tuh macam kerek jer masa aku nak bayar air coca cola ngan bubur pulut itam tuh..


lebih baik lain kali lah aku try sabun tuh..tapi hari nih..aku rasa kalau berkesempatan aku nak dapatkan sendiri sabun tuh kat presint 3 hari nih..ade satu kedai apa tah nama dia..aku dapatkan sendiri kat..

dan sempena dengan mak hayam2 yang telah lama kenal aku mengenali diri ini sebagai seorang yang cepat mengantuk (tengah resst mase main futsal pon aku bulih tidur kejap dengan badan berpeluh belengas sagal bagai)...aku cubalah sabun nih..

nanti result dia aku bgtau macamana...sekian

magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

JANDA BAIK - PART MANDI

tapi gambar mak hayam 2 orang nih dulu yer..

Tapi sayang seribu kali sayang.....
hari nih gua mau keluar berjalan2 teman mak hayam nak gi Jabatan Laut Port Klang..
Mak hayam tuh nak buat Seamen Card plak..

SO report bab mandi manda akan disambung apabila terdapat kelapangan kelak..

Harap maaf..



25 January 2010

ADUKA TARUNA KENA REMAN 4 HARI

Penulis blog hina Almarhum Sultan Johor ditahan reman 4 hari

Oleh Harian Metro

2010/01/26

KOTA BHARU: Mahkamah Majistret di sini pagi ini mengeluarkan perintah tahan reman terhadap seorang penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor.


Majistret Azrol Abdullah memerintahkan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini kepada penulis blog yang berusia 30 tahun itu.

Dia yang dikatakan bekerja sebagai pereka grafik dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dan beredar 10 minit kemudian.

____________________________________________________________________________________________

****** elok bulih mengadap PC buat graphic itu ini..dah kena reman 4 hari plak tuh..duk dalam tahanan..sementara neh eloklah kiranya aduka taruna menghisab dirinya balik semoga menjadi insan yang lebih berkepentingan pada negara..ceee waahh aku....






magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

TERUJA


Aku teruja hari ini..
gila aku teruja...
aku teruja dengan kelajuan...
aku teruja dengan dunia IT..

aku tertangguh nak repair disc break aku
aku tertangguh nak gi bank ambik check
aku tertangguh nak semayang..gila engko..
semayang mana bleh tanguh bang..

aku teruja pasal aku join geng blogger..
trafik terus naik..
sebelum ni trafick cam hayam..
cam lalu kat jalan lama ke janda baik ja..
lebih baik pekena kopi cap TV.

aku rasa best..
aku nak lagi..

ADUKA TARUNA KENA TANGKAP DAH

Sembunyi tidak lama

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my
2010/01/26
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Blogger yang mengguris perasaan istana dan seluruh rakyat negeri ini di atas kelancangannya mencerca dan menghina Almarhum Sultan Iskandar, Sabtu lalu bakal mendapat pembalasan setimpal selepas dia diberkas polis ketika dipercayai cuba bersembunyi di Kota Bharu, Kelantan, petang semalam.

JOHOR BAHRU: Blogger yang mengguris perasaan istana dan seluruh rakyat negeri ini di atas kelancangannya mencerca dan menghina Almarhum Sultan Iskandar, Sabtu lalu bakal mendapat pembalasan setimpal selepas dia diberkas polis ketika dipercayai cuba bersembunyi di Kota Bharu, Kelantan, petang semalam.


Lelaki berusia 28 tahun yang menggunakan nama pena Aduka Taruna itu ditahan di sekitar Kota Bahru jam 4 petang semalam. Difahamkan penulis blog yang beralamat di Seremban, terpaksa menyembunyikan diri selepas menerima beberapa ugutan bunuh pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan marah dengan kenyataan melampau yang diposkan ke blognya www.adukataruna.blogspot.com.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang mengesahkan penahanan lelaki itu berkata, suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi siasatan mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas laporan awal diterima di IPD terbabit. “Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahgunakan saluran multimedia dan berharap penahanan ini akan menjadi pengajaran serta mencegah individu lain daripada turut berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog. Mohd Mokhtar berkata, sehingga semalam, pihaknya sudah menerima 31 laporan polis yang dibuat orang awam dan ahli politik seluruh negeri berhubung penulis blog berkenaan, termasuk 23 laporan di IPD Kluang, IPD Batu Pahat (4), Johor Bahru Selatan (3), IPD Seri Alam (satu). Jika didapati bersalah, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Penulis blog dikatakan mempamerkan nombor akaun bank di blognya menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati padanya lebih mudah mengesan nama serta alamat berdasarkan akaun bank berkenaan. Kelmarin, akhbar menyiarkan penulis blog Aduka Taruna menerusi laman blognya, adukataruna.blogspot.com lancang mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Almarhum selain mencaci kerajaan negeri yang dianggap bodoh. Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan beraninya dengan sebahagian besar daripada pengunjung blog menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan melampaunya termasuk menyatakan ugutan bunuh. Kelmarin, kira-kira 300 Pemuda Umno Johor dan Belia 4B berkumpul di Pusat Maklumat Pelancongan Johor (Jotic) di sini, bagi melakukan bantahan aman terhadap penulis blog terbabit selain berarak sejauh kira-kira 500 meter ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.


Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Fadil Muskon yang mengetuai bantahan itu menganggap kata-kata penghinaan Aduka Taruna itu tidak boleh dimaafkan walaupun penulis itu sudah memohon maaf di laman webnya. Mohd Fadil, berkata Institusi Raja wajib dilindungi selama-lamanya seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan tulisan yang dilakukan benar-benar mengguris perasaan pihak istana dan rakyat yang masih bersedih dengan kemangkatan Almarhum. Sementara itu, Exco Pergerakan Pemuda Malaysia, Ali Mazat, berkata rakyat perlu tahu peranan masing-masing dan kebebasan bersuara mempunyai batasan.

Katanya, permohonan maaf penulis tidak boleh diterima berdasarkan kesalahannya itu kerana ia bakal mengundang masalah lebih besar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa punya jantan laaa...takut plak dia bila orang ramai mula ugut2 cakap2..dah..polis dah cari..dah jumpa..baru dia tau naa..sukati dia nak bersuara ikut sedap tekak dia hina2 sultan..jauh plak tuh larinya..sampai ke Kelantan lagi tuh..mengikut info2 katanya dia berlamat di Seremban...memang dah sah betol lah takut gila sampai lari jauh tuh..

apa2 pon al-fatihah kepada Almarhum.....Al-Fatihah...








magsob

Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

REPORT PENUH PICNIC AT JANDA BAIK - EDISI PERTENGAHAN

Edisi pertengahan bersambung lagi...kali ini menceritakan perihal semasa menjayakan acara bakar membakar ayam dan segala bentuk mak nenenk daging tomato ceri.lidi sate..plastik glenyar..plastik sampah..setelah api dikatakan ranum sedang2 elok2 gitu..barulah peha ayam yang bertuah pada hari itu pertamanya diletakan diatas panggang api tu..

hasil resepi daripada apai sekeluarga..dengar katanya anak apai sendiri ada mencampurkan sedikit ubat batuk yang selalu diberikan oleh apai kedalam ramuan perapan ayam tersebut..di lihat sebagai salah satu usaha untuk membalas dendam yang selama ini selalu diberikan apai kepada anaknya pada malam2 tertentu..

hehehehe..jangan marah na pai..sapa2 yang rasa lain macam pada hari tuh diminta refer pada doktor untuk treatment lebeh lanjut..tapi..aku tengok semua aktif jaaa...aku rasa anak apai tersilap letak ubat batuk neh..hahaha..

Peha ayam yang pertama diletakan diatas api...grand pirze..ATP 5000..


Tak dilupakan juga pada hari ada resepi rahsia hasil nukilan baguk dan keluarga..mengikut kata2 daripada sumber2 dipercayaai..mereka mengunakan apa jugak segala hayam2 yang ada dalam peti kabinet dapur rumah dia untuk diperapkan bersama daging kebab ini..

contoh2 ramuan yang dicampurkan adalah..cuka getah..serbuk penaik...serbuk karbaid..thinner..nila..dan jugak blerang masa dia pi jamboree pengakap tahun2 dulu..itu pasal semua lepas makan terlebih aktif dengan bermain air mengalahkan kanak2 yang datang bersama2 pada hari itu..


Kebab daging dan ayam sebagaiman dijanjikan menerusi khidmat pesanan ringkas dari baguk


Dan setelah bertungkus lumus membakar terkena asap segala bagai..maka banyaklah yang masaknya..sambil masak sambil makan..tapi takpa.terlampau banyak sangat makanan hari tuh sampaikan bukan setakat ayam ngan kebab jer.bihun..nasik lemak..air mineral satu karton..keropok 3 tong..twities..telor rebus..timun..segala bagai...sehingga kan sebahgian daripada tumbuhan kat situ pon bleh buat ulam jugak laa..kalo berani laa..hahah...

ni semua tengah membakar..kaler menarik..rasa tertarik..makan sepah2..asal banyak je buang..

so...cam tuhlah kirenye report untuk bahagian bab2 makan2 neh..aku buat report sket2..pasal ade banyok keje lain jugop aku nk buat..nk gi repair brek disc beskal aku neh..nak gi bank ambik buku check lagi..adik aku baru pau aku nok buat belanje..cam tuhlah..

nanti sambung lagi dengan kisah seterusnya..part lain lah pullopp...




REPORT PENUH PICNIC AT JANDA BAIK - EDISI PERMULAAN



Diadakan pada 24 january 2010 dan diideakan oleh Am dan dipengerusi oleh Baguk secara khidmat pesanan ringkas sahaja program yang pada mulanya dianggap hangat2 taik khinzir ini telah berjaya dijalankan walaopon terdapat sedikit kelewatan mak hayam (macam biasa kalo geng2 nih).secara kasarnya program yang dikonfirmkan pada lewat petang jumaat (ada yang tak gi semayang jumaat aku dengar)aku dengarlaa...mane nak tahu.....

so dipermudahkan ceritanya..aku diarahkan supaya menunggu seseorang di petrona gombak yang ada burger king tuh..aku gerak lewat dari Putrajaya.tapi sampai disitu.nasib baik aku beli dulu sok kabar..bulih aku hilangkan boring aku nunggu sorang2 cam hayam..sambil2 tuh aku usha skali geng2 perdana v6 baru nk setat konvoi..ade awek ooo...tp sorry lah ye..pasal gambar takleh nk snap..nanti tak pasai depa2 bahu besaq kepala aku..aku tau..korang yang tengah baca nih potong stim lah tuueee..hahaha..
baguk tengah perasan cam hayam..

mula2 sampai kat genting sempah sebagaiman perjanjian asalnya..tapi cam taik..aku ngan aidi sampai kat sinun dalam kul 10..janji kul 9 makkk..tapi takpa..ak folo orang..kalo orang tuh lambat..aku lambat laa...bukan salah aku naa..ahahha


depa 2 nih aku tak sure mandi ka tak??pasai depa datang dari utara...besa ahh

Tapi nak dipendekan cerita lagi nya..sebagai sebuah kenderaan yang perkasa..maka jadilah ia sebagai guider lah lebeh kurang sugar glider ka??aidi pon dengan rela hati menjadi lebeh kurang pemandu peancong cap ayam laa..haha..redah sana....redah sini....redah sinun..redah ataih..redah bawah...orang2 kat belakang tuh..ikut ja laaa...mereka2 yang lain naik myvi..honda civic..kia..paling tak tahan kia tuh la..dengar katanya sangkut dalam lumpur..lumpur tinggi mana..kita pon tak tahu,..

Kete aidi lepas masuk offroad..sesuai untuk keretanya..tapi bawah nih??

Kete am yang terpaksa offroad..selut side mirror tak tahan tuow..huishh...

Tanyalah aidi kat orang2 kampung situ..barulah dapat tahu nama tempat tuh..Pulau Santap..tapu ada dua tempat..ada Santap Resort..satu lagi yang tempat kitaorang mandi tuh..Riverview Resortlah kut aku rasa..tah..aku pon tak ingat dah..maklum lah dah muda balik..hahaha..cari lagi...cari cari cari dan mencari...akhirnya....dah segala maki hamun..caci mencaci..salah menyalahi...bertumbuk bahu dan dan menyiku sesama sendiri..sampailah jugak tempat tuh...tengok kat bawah nih.......bangsal dia..sewa sekali sewa RM 12..siap bulih pinjam tempat pangan BBQ lagi..alamak..lupaa nak pulang balik kat mak cik tuh..takpalah..dia dah akaya..hahah..

masa mula2 sampai..suma duk pening2 lagi pasai jalan cam hayam..ada tuh kebuluq makan kopok..ahahha

ada yang pasang khemah...senang naa..
dah segala2nya siap di persiapkan..maka bermulalah acara menghidupkan api pakai kertas ngan stater..pada mulanya susah jugok nk idupkan tuh..tapi diebabkan ramai yang masih lagi berdengus tanda tak puas hati pasal sesat...maka dengusan mereka2 itu menyebabkan api cepaat untuk dihidupkan..

Tapi amatlah dukacita diberitahu disini..pada malam nih..aku dah tak larat nak menaip lagi..sakit pingang aku duk ataih karpet neh...aku nk beradu plak laa...esok2 aku sambung part 2 plak..kalo setakakt drama Cinta Balqis tuh boleh buat 44 episode..neh aku mampu buat 2 3 bahagian ja lah..malaih aku nk wat panjang2..hahaha..potong stim..

apa2 pon..jumpa lagi nanti aku preeee.....

24 January 2010

PICNIC ON JANDA BAIK AND GENTING HIGHLAND

Piknik ke Janda Baik hujung minggu baru-baru ini..diasaskan oleh encik zuraidi a.k.a baguk...dan folowor yang lain2 tuh...

Report sepenuhnya akan di laksanakan selepas beberapa ketika nanti ataupon masa aku tengah free nanti..hari nih banyak noo kerja nye...


22 January 2010

HASIL KERJA DARI MEMBER


Aku ada sorang member nih..dia sebenarnya pekerja yang rajin daan berdedikasi..tapi jer baru bukak kompeni baru pasal kampeni lama dia dah expired..lambat sangat renew lesen..hahaaha..padan muka dia..tapi kat bawah ni adalah hasil kerja dia sebagai kontraktor...so kepada sesiapa yang terbaca blog ini..kalo berminat untuk mendapatkan khidmatnya..boleh hubungi beliau terus ataupon berhubung dengan saya sendiri..akan saya fowardkan contact anda kepadanya....


Beam light nih boleh bertukar warna...kalau tak silap boleh 12 colour macam clour pencil luna..gambar nih colour ungu.

color yellow.(looks like green...fakin ell)


green

red


blue aqua?..ada ke?


big beam with a multi color lights


Fan...KDK??urmm..


Switch ON/OFF ...urban/contemporary/elegant style??


wood fan with lights.



ceiling light..spokes style


Candeliar...the big one is messy..the medium one is cute..


The view..



So nama kontraktor ini adalh Aidi Azhari...boleh kontek melalu Facebook..dan juga email dia ada kat fecebook tuh..







Kontraktor Interior Design and Lights

magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob

21 January 2010

BREK TAK MAKAN....MINUM??


Kecewa...sedikit kecewa pada harini tak kala mahu menuruni bukit di taman Cabaran Putrajaya petang tadi..kekecewaan aku nih..disebabkan oleh sedikit masalah teknikal berkenaan dengan brek belakang...aku tarik brek belakang ..rasa macam tak cengkam..takda lagi gaye drfit yang boleh ku bikin pada hari nih..kecuali bunyi greeekekkkkk...ceit..potong stim..ini sudah potong stim...sehinggakan kebiasaan nya aku dapat turun bukit dengan laju..kali ini dengan berhati2..

ini semua aku rasa..gara aku servis beskal aku baru2 nih..sembur WD-40 pada sporket nok cleaarkan segala jenis mak nenek tahik minyak..agak terkena tempais kut pada brake pad dia..menyebabkan stim terpotong..


so pada hari ini..semua potonggg......

So..guyssss....any solution for this situation...???

magsob
Login Facebook dan dapatkan RM100,
http://www.infinitydownline.com/?id=magsob
Related Posts with Thumbnails